Jumat, 31 Januari 2014
‘Saya Bukan Anak Emas TV3′ – Faizal Tahir

KUALA LUMPUR – Penyanyi Faizal Tahir menegaskan dia tidak terikat dengan mana-mana stesen televisyen termasuk bawah kumpulan Media Prima Berhad.
Faizal, 35, berkata, sejak bergelar artis, dia menerima tawaran daripada pelbagai pihak dan stesen televisyen.
“Saya bukan milik siapa-siapa termasuk TV3. Mana ada wajah saya di mana-mana papan tanda TV3 pun.
“Tiada masalah untuk saya menyertai mana-mana program stesen televisyen. Mungkin sebelum ini saya dilahirkan daripada stesen televisyen tersebut dan rezeki saya banyak di stesen tersebut,” katanya kepada mStar Online.
Faizal berkata demikian bagi mengulas dakwaan kononnya dia merupakan anak emas TV3 dan sinonim dengan program-program terbitan saluran televisyen di bawah media Prima Berhad.
Dalam pada itu Faizal yang bakal menjadi salah seorang tenaga pengajar utama dalam Akademi Fantasia 2013 (AF 2013) menganggap pemilihannya bergandingan dengan Datuk Siti Nurhaliza dan Melly Goeslow sebagai satu penghormatan besar.
“Sebelum ini saya ada juga terlibat dalam program terbitan Astro namun tidak menjadi tenaga pengajar. Jika dibandingkan dengan Melly dan Datuk Siti, saya paling muda dan baru dalam industri ini dan ia adalah penghormatan buat saya,” katanya.
Tambah Faizal, dia mahu bintang yang lahir daripada program realiti itu nanti merupakan seorang yang mampu berhadapan dengan pelbagai tekanan.
“Ketiga-tiga kami mempunyai genre yang berbeza, terpulang kepada peserta bagaimana mereka ingin memilih apa yang mereka mahu.
“Pada saya jika mereka ingin menjadi penyanyi yang baik mereka berjaya melalui pelbagai rintangan ini sehingga ke akhir,” katanya.
Bagi format terbaharu AF 2013 ketiga-tiga tenaga pengajar utama ini yang digelar ‘inspirer’ berperanan memberi bimbingan kepada peserta.
Faizal Tahir akan bertanggungjawab pada tiga minggu pertama, kemudian diikuti Melly Goeslow pada tiga minggu berikutnya dan Siti Nurhaliza pada tiga minggu terakhir.
Program AF 2013 akan bermula dengan Galaxy AF pada 2 hingga 5 September depan, diikuti dengan tayangan Prelude Top 24 pada 6 September 2013.
Manakala konsert pertama akan bersiaran secara langsung setiap Sabtu, pukul 9 malam bermula 14 September depan di Astro Ria. - mStar Online

Kamis, 30 Januari 2014
Ayu Raudhah Anggap Rita Rudaini Bersikap Melampau

KUALA LUMPUR: Pelakon Ayu Raudah menyifatkan Rita Rudaini yang membuat tuduhan kandungannya gugur pada tahun lalu adalah satu balasan Tuhan sebagai perbuatan yang melampau dan amat kasar.
Malah Ayu, 27, berkata, tuduhan melalui entri Twitter Rita itu juga telah menyebabkan orang ramai menganggap dia mengalami keguguran kali kedua sedangkan kandungannya sekarang yang berusia dua bulan berada dalam keadaan sihat dan selamat.
“Saya tak faham kenapa dia (Rita) masih lagi beria-ia nak menghentam saya. Walaupun entri tersebut tidak meyebut nama, tapi rasanya semua orang tau dia tujukan luahan itu kepada saya.
“Tambahan pula ia telah mengelirukan sesetengah orang yang anggap saya telah keguguran sekali lagi,” katanya.
Bagaimanapun tambah Ayu, dia tidak berasa tertekan dengan pelbagai tohmahan yang dilemparkan padanya, cuma masih tertanya-tanya apakah punca Rita terlalu bencikan dirinya sedangkan mereka tidak pernah berjumpa.
Sementara itu, bercerita mengenai kandungannya, Ayu begitu teruja dengan cahaya mata sulung yang dikandung malah tidak sabar mahu menunggu kelahiran bayi itu.
Ayu memberitahu dia lebih berjaga-jaga daripada segi penjagaan diri agak kejadian dia keguguran tahun lalu tidak berulang lagi.
“Saya memang teruja dengan kehadiran bayi ini. Lebih seronok lagi apabila saya mendapat perhatian lebih daripada suami (Mohd Zaquan Adha Abdul Radzak).
“Terasa macam permaisuri pula kerana saya tidak dibenarkan melakukan sebarang kerja rumah walaupun hanya mahu sapu sampah. Doktor tidak membenarkan saya membuat apa-apa pun.
“Seronok juga, kerana inilah masanya untuk kita berhat sebaik-baiknya, cuma kadang-kala saya berasa sedikit bosan kerana tidak tahu nak buat apa,” selorohnya.
Dalam perkembangan lain, Ayu bakal muncul di layar perak menerusi filem Untuk Tiga Hari yang akan ditayangkan pada 20 September ini.
Kemelut Ayu dan Rita berlaku apabila Ayu dikatakan menjadi penyebab kepada keretakan rumah tangga yang dibina Rita bersama kembar kepada Zaquan Adha iaitu Aidil Zafuan
mStar

Kamis, 09 Januari 2014
Harga Printer HP Deskjet 2060 K110a
Harga printer HP Deskjet 2060 K110a baru 2012. HP Deskjet K110 adalah printer multifungsi dengan harga yang cukup terjangkau. Printer HP ini menggunakan tinta HP 704 berkapasitas cetak hingga 480 halaman (Teks Hitam) dan 200 halaman warna (Page yield) dengan Biaya Cetak lebih murah dibandingkan dengan printer2 Inkjet lainnya.

Varian baru printer multifungsi dari Hewlett Packard (HP) ini disebut2 sebagai printerhemat serta dengan tinta yang murah atau di sebut INK Advantage. HP Deskjet K110 dapat mencetak dokumen berkualitas tinggi dengan biaya cetak yang lumayan murah serta kapasitas tintanya lebih banyak dengan tinta HP Original yang dapat menghemat tinta hingga 40%.
Fitur Printer HP Deskjet 2060 K110a salah satunya adalah dapat mencetak, Scan dan Copy dengan mudah dan Mencetak lebih cepat sekitar 20 detik. Keunggulan lainnya adalah Penggunaan yang mudah dan simple, Instalasi yang cukup singkat hanya membutuhkan beberapa menit. Hasil cetakan printer ini untuk dokumen teks hitam hampir sama atau berkualitas seperti printer laser. Serta memiliki Garansi 1 tahun. Ini sangat membantu jikalau terjadi kerusakan sebelum waktunya.
Printer HP Deskjet 2060 K110a INK Advantage mendukung printer hemat energi dan ramah lingkungan, yang terbuat dari material bahan daur ulang. Untuk Harga Printer HP Deskjet 2060 K110a : Rp. 780.000. Tertarik ingin membeli, silahkan SMS ke 081397645083 Semoga bermanfaat :)
Artikel lainnya :
Mengatasi pesan error service required
Merawat printer hp agar awet
Daftar harga printer HP 2012

Langganan:
Postingan (Atom)